Saturday, August 18, 2007

PENGENALAN KAYU KOKKA


KAYU KOKKA telah dijadikan asas binaan BAHTERA Nabi Nuh AS, dan digunakan sebagai TONGKAT Nabi Musa AS, Nabi Syuib AS, Nabi Sulaiman AS dan Nabi Muhammad SAW.

KAYU KOKKA mengikut sainstifik adalah kayu yang paling tinggi mutunya dan kualitinya, berbanding dengan kayu-kayu yang lain yang ada dimuka bumi ALLAH SWT ini. Ia juga digunakan sebagai ubatan dan penawar bagi usaha dan ikhtiar mengubati pelbagai penyakit pada zaman ratusan ribu tahun dahulu sehingga ke hari ini.

Ia adalah diantara kejadian ALLAH yang istimewa, aneh dan pelik. Contohnya, mengikut riwayat penduduk Arab, buah kayu kokka yang begitu keras tidak akan gugur daripada pokoknya sebelum menjangkau usia 40 tahun. Bau kayunya sangat wangi walaupun telah berusia ratusan tahun. Berita Harian 20hb Mac 2005, ruangan rencana muka surat 2 - ada menyatakan kitab Saidina Ali karromallah wajhah adalah ditulis pada kulit kayu kokka, kini masih kekal berbau wangi. Yang paling aneh ialah sekiranya diambil sedikit sahaja kayu kokka dan yang paling ringan sekali, apabila diletakkan didalam air, ia akan tenggelam seperti batu dan tidak akan timbul seperti kayu-kayu yang lain.

Kayu kokka juga mempunyai pelbagai warna seperti, merah berkilat, coklat, kekuningan dan kehitaman. Ia boleh didapati di negara Turki, Iran, Cyprus, Syria, Mesir dan Nigeria.

Walau bagaimanapun, kita sebagai orang Islam wajib beriman dan percaya bahawa kejadian-kejadian ALLAH SWT dimuka bumi ini, ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Disuruh akan kita mengkaji, berusaha dan berikhtiar supaya dapat megambil manfaat disebalik kejadian-kejadian ALLAH ini.

Walaupun begitu, kita mesti ingat dan berpegang teguh bahawa kuasa mutlak adalah KEIZINAN ALLAH SWT semata-mata. Tidak ada yang lain, yang boleh memberi kesan dan menyembuhkan selain ALLAH SWT, tetapi tanggungjawab sebagai hamba ALLAH adalah berusaha dan berikhtiar serta berdoa dan bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH SWT.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud

TIDAK ADA SESUATU PENYAKIT KECUALI ADA PENAWARNYA MELAINKAN MAUT


Sekian, WALLAHU A'LAM


Ustaz Ma Yusoh
019 5772128 (Ipoh-PERAK)

MY_oAa/2007

2 comments:

Vania said...

Assalamu alaikum pak Ustad,
saya ingin bertanya, apakah Bapak tahu nama latin kayu Kokka? Terima kasih.

Wassalam,
Vania
http://indonesia-portal.co.uk

zmalek68 said...

Assalamualaikum, Saya mencari "minyakKayu Kokka Habatusaudah" buatan Rashia Kayu Kokka Ent. email zmalek68@yahoo.co.uk

harap dapat di bantu.

terima kasih